Sunday, 26 December 2021

BILIK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEHEBAT (PASCA PANDEMIK COVID-19)


 

BILIK SESI INDIVIDU

BILIK SESI KELOMPOK


RUANG PERBINCANGAN

RUANG TAMU




BILIK PENGURUSAN (KAUNSELOR)













VISI MISI DAN MOTTO UBK SEHEBAT

 

VISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah.

 

MISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:-

  1. Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
  2. Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi(EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  3. Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
  5. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar
  6. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar

 

FALSAFAH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh

 

MOTO UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Informasi Menjana Kecemerlangan dan Kesejahteraan

 

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

 


Norlia Binti Harun
Jawatan: Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa
No Kaunselor Berdaftar: KB01973, PA01437
Kelulusan: Bac. Pend. (B&K) UPM, Serdang. Master Pend (Psikologi Pendidikan) UTM Skudai. PhD (B&K) UTM, Skudai
No Telefon: 0106656659
Emel: lilyryhanee@yahoo.com
jqy5222@gmail.com
g-06004952@moe-dl.edu.my
https://mylink.la/smile_wif_cglia




Rohani Binti Muhammad
Jawatan: Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa
No Kaunselor Berdaftar: 
Kelulusan: Bac. Pend. (B&K) UPM, Serdang. 
No Telefon: +60 12 4199 458
Emel: ani_shsm05@yahoo.com



Mohamad Adzimi Bin Mohamad Ghazi
Jawatan: Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa
No Kaunselor Berdaftar: 
Kelulusan: Bac. Pend. (B&K) UPSI, Tanjung Malim, Perak. 
No Telefon: +60 16 9226 331
Emel: azeemghazi1@gmail.com




Thursday, 23 December 2021

SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT

 


SEKOLAH MENENGAH SAINS 

BATU PAHAT

KM 8, JALAN TANJUNG LABOH, 
83000 BATU PAHAT 
JOHOR


NO TELEFON: 07-4288961 
NO FAKS: 07-4288964    
EMEL: sainsbatupahat12@gmail.com



VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.


MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.


MOTTO

SEHEBAT Bitara Dan Berbudaya.



Tuesday, 31 August 2021

INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKP) DAN KEGUNAANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP) merupakan satu alat ukur psikometrik yang dapat digunakan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan pelbagai bagi diri seseorang khususnya murid-murid.

Ujian ini biasanya dijalankan kepada semua murid ketika berada di Tingkatan 3.  Setiap murid perlu tahu tahap kecerdasan pelbagai masing-masing.  Kesemua kecerdasan ini boleh dipertingkatkan melalui latihan yang lebih berfokus.  Misalnya, kecerdasan Logik @ Matematik dapat ditingkatkan dengan memperbanyak latihan-latihan aktiviti berkaitan matematik dan berfikir.  

Dalam diri setiap manusia terdapat kesemua kecerdasan dalam IKP iaitu kecerdasan verbal linguistik sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, Visual atau Ruang, Kinestatik, Interpersonal, Intrapersonal, Muzik, Naturalis dan Eksistensial (Spritual & Etika Moral).  

Namun begitu, dalam diri setiap individu mempunyai satu atau dua kecerdasan yang DOMINAN yang biasanya digunakan oleh individu tersebut untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara atau menghasilkan sesuatu untuk kebaikan orang lain.  

Bagi seorang murid, kecerdasan yang dominan itu jika digunakan ketika belajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dengan memudahkan murid tersebut untuk memahami dan menguasai sesuatu topik pembelajaran.  

Misalnya, seorang murid yang mempunyai kecerdasan dominan MUZIK mengaplikasikan elemen muzik seperti mendengar atau menyanyi ketika belajar mampu meningkatkan lagi minat belajar, kefahaman dan penguasaan ketika belajar.  

Bagi guru pula, adalah menjadi satu kelebihan jika guru dapat mengenal pasti jenis kecerdasan pelbagai yang dominan dalam diri murid-muridnya.  Ini kerana, apabila guru tahu jenis kecerdasan pelbagai murid-muridnya, guru akan lebih mudah untuk merancang kaedah pelaksanaan pengajaran dalam kelas supaya lebih menarik minat murid untuk belajar.  

Berikut adalah jenis-jenis kecerdasan pelbagai dan ciri-cirinya: 
















Nak tau kecerdasan yang anda miliki? Segera hubungi kaunselor anda😍





Sunday, 22 August 2021

PSIKOMETRIK DAN KEGUNAANNYA BAGI MURID DAN GURU

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkaitan pelaksanaan Psikometrik di sekolah: 

SURAT SIARAN PELAKSANAAN PSIKOMETRIK 2021.pdf

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 2020.pdf

PELAKSANAAN_PENTAKSIRAN_PSIKOMETRIK 2019.pdf

Jenis-jenis ujian psikometrik dan murid yang terlibat: 

1) Tingkatan 1: Inventori Minat Kerjaya (IMK) & Inventori Tret Personaliti (ITP)

2) Tingkatan 3: Inventori Minat Kerjaya (IMK) & Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP)

3) Tingkatan 4: Inventori Tret Personaliti (ITP)

4) Tingkatan 5: Inventori Kematangan Kerjaya (IKK)


Cara pelaksanaan psikometrik: 


Jadual Pelaksanaan Psikometrik Tahun 2021


APAKAH KEGUNAAN UJIAN PSIKOMETRIK?

1) Ketika menjalani ujian psikometrik (ITP, IMK, IKP, IKK) murid-murid perlu menjawab dengan jujur mengikut minat & persetujuan diri masing-masing.  

2) Tiada jawapan yang salah atau betul dalam ujian ini.  Jumlah skor yang bakal diperoleh hanya akan menggambarkan diri murid tersebut. 

3) Jadi, jika murid-murid tidak jujur ketika menjawab atau menjawab berdasarkan kriteria diri orang lain, maka skor (markah) yang bakal diperoleh adalah tidak boleh dipercayai. 

4) Setiap murid perlu mengetahui dengan jelas maksud skor/dapatan ujian melalui sesi interpretasi bersama Guru Bimbingan & Kaunseling (GBK)

4) Kegunaan ujian ini: 

ITP: untuk mengenal pasti personaliti diri murid (AUTONOMI, KREATIF, AGRESIF, EKSTROVERT, PENCAPAIAN, KEPELBAGAIAN,   INTELEK, KEPIMPINAN, STRUKTUR, RESILIENT, MENOLONG, ANALITIKAL, KRITIK DIRI, WAWASAN, KETELUSAN)

Apabila kita mengetahui tahap personaliti diri sendiri, kita dapat kekalkan personaliti yang baik serta memperbaiki tahap personaliti yang rendah atau sederhana.  

IMK: untuk mengenal pasti minat kerjaya mengikut 6 bidang kerjaya (REALISTIK, INVESTIGATIF, ARTISTIK, SOSIAL, ENTERPRISING, KONVENSIONAL)

Apabila kita mengetahui minat kerjaya diri sendiri, maka kita akan lebih mudah untuk fokus bagi mencapainya.  Jika kita telah mengetahui minat kerjaya walaupun sebelum ujian tiada minat kerjaya/ setelah ujian masih kurang jelas dengan minat kerjaya, berdasarkan dapatan ujian ini, kamu boleh bertindak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang minat kerjaya mengikut hasil dapatan ujian supaya kamu lebih jelas dengan minat-minat kerjaya kamu.  Maklumat kerjaya boleh didapati daripada jaringan internet.  

IKP: untuk mengenal pasti kecerdasan pelbagai murid (VERBAL LINGUISTIK, VISUAL RUANG, LOGIK MATEMATIK, MUZIK, KINESTATIK,NATURALIS, INTERPERSONAL, INTRAPERSONAL, EKSISTENSIAL)

Hasil ujian IKP boleh digunakan oleh murid ketika belajar dan guru ketika mengajar murid.  Caranya?.Kenal pasti kecerdasan yang paling dominan dan belajar atau mengajar mengggunakan kecerdasan tersebut. 

IKK: untuk mengenal pasti kematangan kerjaya murid (SIKAP & KECEKAPAN murid menentukan hala tuju kerjaya). 

Melalui ujian ini, murid dapat kenal pasti sikap dan kecekapan dalam menetapkan hala tuju kerjaya.  Jika tahap sikap dan kecekapan tinggi, bermaksud murid ini jelas tentang hala tuju kerjaya dan mampu menetapkan hala tuju dengan baik.  Namun, jika tahap sikap dan kecekapan adalah rendah atau sederhana, maka murid perlu bertindak :
1- Berjumpa GBK untuk menjalankan sesi bimbingan supaya murid lebih jelas tentang hala tuju kerjaya selepas SPM. 
2- Mencari maklumat tentang hala tuju selepas SPM. 











Thursday, 28 January 2021

TETAPKAN MATLAMAT ANDA

Bermulanya saat saya menerima surat yang menyatakan saya diterima oleh pihak SBP.. saat itu, wajah ibu sudah semestinya gembira dan saya juga turut senyum... walaupun, jauh di sudut hati ini sebenarnya mahukan tawaran MRSM diterima.. ketika itu, saya tolak hasrat saya itu demi mengelakkan hati si ibu tadi terguris.. saya cuba untuk menerima takdir mahupun sukar. Sehinggalah tiba hari pendaftaran, saya melapangkan dada dan berniat di hati, "Ya Allah, bukakanlah hatiku ini untuk pelajaran dan menerima takdirmu". Jauh di sudut hati ini memang masih tidak terima tapi Allah memang menyayangi hambanya.. Alhamdulillah.. Dia hadirkan kawan-kawan dan akak-akak yang baik.. jujur.. homesick tidak mucul dalam jiwa ini.. mungkin saya sudah terbiasa berjauhan ketika sekolah rendah kerana banyak menyertai kem yang memakan masa hampir seminggu ke dua minggu.. 

Hari demi hari diteruskan.. Alhamdulillah.. tidak disangka-sangka sudah 3 tahun di sekolah berasrama.. tibalah masa thn itu itk menduduki PT3.. pada tahun ini saya rasa tahun yg byk menyedarkan diri saya.. detik itu bermula apabila.. ketika saya mendapat keputusan trial pt3.. keputusan saya sgt jatuh.. tambahan pula.. saya mengambil peperiksaan bahasa tambahan.. iaitu perancis DELF A2.. keputusan trial juga jatuh.. hari itu saya rasa sangat 'down'.. ya.. keputusan itu keluar pada hari yang sama.. keesokan harinya.. nak dijadikan cerita.. pengetua panggil utk top 30 calon pt3 straight A.. dan nama saya x dipanggil.. kwn2 saya hampir satu kelas dipanggil.. saya rase waktu tu.. Ya Allah boleh ke aku ni Ya Allah.. tambah lagi dengan akak2 dan kawan2 lain tny.. "Syah, name kau takde ke.. biar betul" saya mampu senyum sahja.. tak mampu nk berkata lagi.. Alhamdulillah saya bersyukur.. saya rapat dengan warden.. saya cerita masalah saya kat dia.. warsen saya tu ustazah.. dia pun kata.. "Syah, Allah takkan duga hambanya lebih drpd kemampuan hamba itu.. maksudnya Syah boleh.. Syah pegi amik wuduk.. gi solat.. cerita kat Allah" time tu saye dh balik dorm.. saye tgk kwan2 saye semua dh tido.. saye pon amik peluang utk dirikan solt sunat taubat dan buat kiam malam tu.. tanpa disangaka.. tidak pernah saya rase setenang itu pada malam tu.. saya mengangkat takbir dan sepanjang solat air mata tidak berhenti mengalir.. sehinggalah saat berdoa.. saya luahkan segala yang terbuku di hati ini.. seolah olah mengadu segalanya kepada Allah.. 

Sejak itu saya tanamkan azam utk berjaya dan berusaha lebih.. 

Alhamdulillah.. tanpa diduga.. keputusan PT3 melakar senyuman dan tangisan kegembiraan pada mak.. 

Tips yang saya buat dari UPSR sehingga PT3 dan sehingga kini.. saya akan menulis target yg ingin saya dapat sewaktu saya mengambil keputusan nnt.. iatu tulis besar2 di A4 dan tampal di tempat yg saya selalu lihat.. saya selalu tampal di dinding hadapan katil.. kerana saya akan bangun dan sebelum tido menjadikan ia satu motivasi buat saya..

perkongsian drp: sarah.