Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkaitan pelaksanaan Psikometrik di sekolah:
SURAT SIARAN PELAKSANAAN PSIKOMETRIK 2021.pdf
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 2020.pdf
PELAKSANAAN_PENTAKSIRAN_PSIKOMETRIK 2019.pdf
Jenis-jenis ujian psikometrik dan murid yang terlibat:
1) Tingkatan 1: Inventori Minat Kerjaya (IMK) & Inventori Tret Personaliti (ITP)
2) Tingkatan 3: Inventori Minat Kerjaya (IMK) & Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP)
3) Tingkatan 4: Inventori Tret Personaliti (ITP)
4) Tingkatan 5: Inventori Kematangan Kerjaya (IKK)
Cara pelaksanaan psikometrik:
Jadual Pelaksanaan Psikometrik Tahun 2021
APAKAH KEGUNAAN UJIAN PSIKOMETRIK?
1) Ketika menjalani ujian psikometrik (ITP, IMK, IKP, IKK) murid-murid perlu menjawab dengan jujur mengikut minat & persetujuan diri masing-masing.
2) Tiada jawapan yang salah atau betul dalam ujian ini. Jumlah skor yang bakal diperoleh hanya akan menggambarkan diri murid tersebut.
3) Jadi, jika murid-murid tidak jujur ketika menjawab atau menjawab berdasarkan kriteria diri orang lain, maka skor (markah) yang bakal diperoleh adalah tidak boleh dipercayai.
4) Setiap murid perlu mengetahui dengan jelas maksud skor/dapatan ujian melalui sesi interpretasi bersama Guru Bimbingan & Kaunseling (GBK)
4) Kegunaan ujian ini:
ITP: untuk mengenal pasti personaliti diri murid (AUTONOMI, KREATIF, AGRESIF, EKSTROVERT, PENCAPAIAN, KEPELBAGAIAN, INTELEK, KEPIMPINAN, STRUKTUR, RESILIENT, MENOLONG, ANALITIKAL, KRITIK DIRI, WAWASAN, KETELUSAN)
Apabila kita mengetahui tahap personaliti diri sendiri, kita dapat kekalkan personaliti yang baik serta memperbaiki tahap personaliti yang rendah atau sederhana.
IMK: untuk mengenal pasti minat kerjaya mengikut 6 bidang kerjaya (REALISTIK, INVESTIGATIF, ARTISTIK, SOSIAL, ENTERPRISING, KONVENSIONAL)
Apabila kita mengetahui minat kerjaya diri sendiri, maka kita akan lebih mudah untuk fokus bagi mencapainya. Jika kita telah mengetahui minat kerjaya walaupun sebelum ujian tiada minat kerjaya/ setelah ujian masih kurang jelas dengan minat kerjaya, berdasarkan dapatan ujian ini, kamu boleh bertindak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang minat kerjaya mengikut hasil dapatan ujian supaya kamu lebih jelas dengan minat-minat kerjaya kamu. Maklumat kerjaya boleh didapati daripada jaringan internet.
IKP: untuk mengenal pasti kecerdasan pelbagai murid (VERBAL LINGUISTIK, VISUAL RUANG, LOGIK MATEMATIK, MUZIK, KINESTATIK,NATURALIS, INTERPERSONAL, INTRAPERSONAL, EKSISTENSIAL)
Hasil ujian IKP boleh digunakan oleh murid ketika belajar dan guru ketika mengajar murid. Caranya?.Kenal pasti kecerdasan yang paling dominan dan belajar atau mengajar mengggunakan kecerdasan tersebut.
IKK: untuk mengenal pasti kematangan kerjaya murid (SIKAP & KECEKAPAN murid menentukan hala tuju kerjaya).
Melalui ujian ini, murid dapat kenal pasti sikap dan kecekapan dalam menetapkan hala tuju kerjaya. Jika tahap sikap dan kecekapan tinggi, bermaksud murid ini jelas tentang hala tuju kerjaya dan mampu menetapkan hala tuju dengan baik. Namun, jika tahap sikap dan kecekapan adalah rendah atau sederhana, maka murid perlu bertindak :
1- Berjumpa GBK untuk menjalankan sesi bimbingan supaya murid lebih jelas tentang hala tuju kerjaya selepas SPM.
1- Berjumpa GBK untuk menjalankan sesi bimbingan supaya murid lebih jelas tentang hala tuju kerjaya selepas SPM.
2- Mencari maklumat tentang hala tuju selepas SPM.
Inventori Kecerdasan Pelbagai valid untuk berapa tahun biasanya ya Dr Lia
ReplyDeleteTAHNIAH atas kebersamaan Unit Bimbingan Kaunseling dengan barisan pendidik akademik melonjakkan pencapaian pelajar.
ReplyDelete