Tuesday, 31 August 2021

INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKP) DAN KEGUNAANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP) merupakan satu alat ukur psikometrik yang dapat digunakan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan pelbagai bagi diri seseorang khususnya murid-murid.

Ujian ini biasanya dijalankan kepada semua murid ketika berada di Tingkatan 3.  Setiap murid perlu tahu tahap kecerdasan pelbagai masing-masing.  Kesemua kecerdasan ini boleh dipertingkatkan melalui latihan yang lebih berfokus.  Misalnya, kecerdasan Logik @ Matematik dapat ditingkatkan dengan memperbanyak latihan-latihan aktiviti berkaitan matematik dan berfikir.  

Dalam diri setiap manusia terdapat kesemua kecerdasan dalam IKP iaitu kecerdasan verbal linguistik sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, Visual atau Ruang, Kinestatik, Interpersonal, Intrapersonal, Muzik, Naturalis dan Eksistensial (Spritual & Etika Moral).  

Namun begitu, dalam diri setiap individu mempunyai satu atau dua kecerdasan yang DOMINAN yang biasanya digunakan oleh individu tersebut untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara atau menghasilkan sesuatu untuk kebaikan orang lain.  

Bagi seorang murid, kecerdasan yang dominan itu jika digunakan ketika belajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dengan memudahkan murid tersebut untuk memahami dan menguasai sesuatu topik pembelajaran.  

Misalnya, seorang murid yang mempunyai kecerdasan dominan MUZIK mengaplikasikan elemen muzik seperti mendengar atau menyanyi ketika belajar mampu meningkatkan lagi minat belajar, kefahaman dan penguasaan ketika belajar.  

Bagi guru pula, adalah menjadi satu kelebihan jika guru dapat mengenal pasti jenis kecerdasan pelbagai yang dominan dalam diri murid-muridnya.  Ini kerana, apabila guru tahu jenis kecerdasan pelbagai murid-muridnya, guru akan lebih mudah untuk merancang kaedah pelaksanaan pengajaran dalam kelas supaya lebih menarik minat murid untuk belajar.  

Berikut adalah jenis-jenis kecerdasan pelbagai dan ciri-cirinya: 
















Nak tau kecerdasan yang anda miliki? Segera hubungi kaunselor anda😍





1 comment: