Tuesday, 31 August 2021

INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKP) DAN KEGUNAANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP) merupakan satu alat ukur psikometrik yang dapat digunakan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan pelbagai bagi diri seseorang khususnya murid-murid.

Ujian ini biasanya dijalankan kepada semua murid ketika berada di Tingkatan 3.  Setiap murid perlu tahu tahap kecerdasan pelbagai masing-masing.  Kesemua kecerdasan ini boleh dipertingkatkan melalui latihan yang lebih berfokus.  Misalnya, kecerdasan Logik @ Matematik dapat ditingkatkan dengan memperbanyak latihan-latihan aktiviti berkaitan matematik dan berfikir.  

Dalam diri setiap manusia terdapat kesemua kecerdasan dalam IKP iaitu kecerdasan verbal linguistik sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, Visual atau Ruang, Kinestatik, Interpersonal, Intrapersonal, Muzik, Naturalis dan Eksistensial (Spritual & Etika Moral).  

Namun begitu, dalam diri setiap individu mempunyai satu atau dua kecerdasan yang DOMINAN yang biasanya digunakan oleh individu tersebut untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara atau menghasilkan sesuatu untuk kebaikan orang lain.  

Bagi seorang murid, kecerdasan yang dominan itu jika digunakan ketika belajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dengan memudahkan murid tersebut untuk memahami dan menguasai sesuatu topik pembelajaran.  

Misalnya, seorang murid yang mempunyai kecerdasan dominan MUZIK mengaplikasikan elemen muzik seperti mendengar atau menyanyi ketika belajar mampu meningkatkan lagi minat belajar, kefahaman dan penguasaan ketika belajar.  

Bagi guru pula, adalah menjadi satu kelebihan jika guru dapat mengenal pasti jenis kecerdasan pelbagai yang dominan dalam diri murid-muridnya.  Ini kerana, apabila guru tahu jenis kecerdasan pelbagai murid-muridnya, guru akan lebih mudah untuk merancang kaedah pelaksanaan pengajaran dalam kelas supaya lebih menarik minat murid untuk belajar.  

Berikut adalah jenis-jenis kecerdasan pelbagai dan ciri-cirinya: 
















Nak tau kecerdasan yang anda miliki? Segera hubungi kaunselor anda😍





Sunday, 22 August 2021

PSIKOMETRIK DAN KEGUNAANNYA BAGI MURID DAN GURU

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkaitan pelaksanaan Psikometrik di sekolah: 

SURAT SIARAN PELAKSANAAN PSIKOMETRIK 2021.pdf

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 2020.pdf

PELAKSANAAN_PENTAKSIRAN_PSIKOMETRIK 2019.pdf

Jenis-jenis ujian psikometrik dan murid yang terlibat: 

1) Tingkatan 1: Inventori Minat Kerjaya (IMK) & Inventori Tret Personaliti (ITP)

2) Tingkatan 3: Inventori Minat Kerjaya (IMK) & Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP)

3) Tingkatan 4: Inventori Tret Personaliti (ITP)

4) Tingkatan 5: Inventori Kematangan Kerjaya (IKK)


Cara pelaksanaan psikometrik: 


Jadual Pelaksanaan Psikometrik Tahun 2021


APAKAH KEGUNAAN UJIAN PSIKOMETRIK?

1) Ketika menjalani ujian psikometrik (ITP, IMK, IKP, IKK) murid-murid perlu menjawab dengan jujur mengikut minat & persetujuan diri masing-masing.  

2) Tiada jawapan yang salah atau betul dalam ujian ini.  Jumlah skor yang bakal diperoleh hanya akan menggambarkan diri murid tersebut. 

3) Jadi, jika murid-murid tidak jujur ketika menjawab atau menjawab berdasarkan kriteria diri orang lain, maka skor (markah) yang bakal diperoleh adalah tidak boleh dipercayai. 

4) Setiap murid perlu mengetahui dengan jelas maksud skor/dapatan ujian melalui sesi interpretasi bersama Guru Bimbingan & Kaunseling (GBK)

4) Kegunaan ujian ini: 

ITP: untuk mengenal pasti personaliti diri murid (AUTONOMI, KREATIF, AGRESIF, EKSTROVERT, PENCAPAIAN, KEPELBAGAIAN,   INTELEK, KEPIMPINAN, STRUKTUR, RESILIENT, MENOLONG, ANALITIKAL, KRITIK DIRI, WAWASAN, KETELUSAN)

Apabila kita mengetahui tahap personaliti diri sendiri, kita dapat kekalkan personaliti yang baik serta memperbaiki tahap personaliti yang rendah atau sederhana.  

IMK: untuk mengenal pasti minat kerjaya mengikut 6 bidang kerjaya (REALISTIK, INVESTIGATIF, ARTISTIK, SOSIAL, ENTERPRISING, KONVENSIONAL)

Apabila kita mengetahui minat kerjaya diri sendiri, maka kita akan lebih mudah untuk fokus bagi mencapainya.  Jika kita telah mengetahui minat kerjaya walaupun sebelum ujian tiada minat kerjaya/ setelah ujian masih kurang jelas dengan minat kerjaya, berdasarkan dapatan ujian ini, kamu boleh bertindak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang minat kerjaya mengikut hasil dapatan ujian supaya kamu lebih jelas dengan minat-minat kerjaya kamu.  Maklumat kerjaya boleh didapati daripada jaringan internet.  

IKP: untuk mengenal pasti kecerdasan pelbagai murid (VERBAL LINGUISTIK, VISUAL RUANG, LOGIK MATEMATIK, MUZIK, KINESTATIK,NATURALIS, INTERPERSONAL, INTRAPERSONAL, EKSISTENSIAL)

Hasil ujian IKP boleh digunakan oleh murid ketika belajar dan guru ketika mengajar murid.  Caranya?.Kenal pasti kecerdasan yang paling dominan dan belajar atau mengajar mengggunakan kecerdasan tersebut. 

IKK: untuk mengenal pasti kematangan kerjaya murid (SIKAP & KECEKAPAN murid menentukan hala tuju kerjaya). 

Melalui ujian ini, murid dapat kenal pasti sikap dan kecekapan dalam menetapkan hala tuju kerjaya.  Jika tahap sikap dan kecekapan tinggi, bermaksud murid ini jelas tentang hala tuju kerjaya dan mampu menetapkan hala tuju dengan baik.  Namun, jika tahap sikap dan kecekapan adalah rendah atau sederhana, maka murid perlu bertindak :
1- Berjumpa GBK untuk menjalankan sesi bimbingan supaya murid lebih jelas tentang hala tuju kerjaya selepas SPM. 
2- Mencari maklumat tentang hala tuju selepas SPM.