Monday, 24 January 2022

PROGRAM GURU PENYAYANG (PGP)

SPI PGP 2012

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

 Antara Objektif Program Guru Penyayang adalah
  • Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru.
  • Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah asset kepada sekolah
  • Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.
Antara aktiviti Amalan/ Program Guru Penyayang di SM Sains Batu Pahat ialah: 

1-Aktiviti Mengalu-alukan murid
a. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru
b. Semasa murid datang ke sekolah / pulang dari sekolah
Kaedah:
i. Menyambut kedatangan murid;
a. Penampilan guru yang kemas dan ceria
b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid
c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid
ii. Membuat sapaan;
a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah
b. Lambaian pulang
c. Bertanya khabar
iii.Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah; Contoh; Membetulkan tali leher, Membetulkan butang baju dan lain-lain.
iv.Membuat publisiti/promosi

2-Program Mentor Mentee
Tujuan:
i. Membangunkan sahsiah diri murid
ii. Membina jati diri murid
iii. Membantu menyelesaikan masalah murid
Cadangan aktiviti:
Sesi ramah mesra / Sesi makan bersama / Meraikan hari lahir / Bimbingan hala tuju hidup / Lawatan atau ziarah keluarga / Sesi perkongsian masalah

Strategi pelaksanaannya;
i. Seorang mentor bagi setiap dorm
ii. Perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan dijadualkan
Pengisian semasa perjumpaan;
i. Menyemak dan prihatin latar belakang mentee
ii. Membimbing mentee mengatasi masalah
iii. Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya
iv. Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri

3-Penghargaan Kepada Murid (hari lahir/sambutan perayaan utama)
Aktiviti meraikan murid;
i. Hari lahir murid
ii. Graduasi/ Farewell
iii. Perayaan-perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas termasuk perayaan utama di Sabah dan Sarawak
iv. Guru meraikan murid dalam suasana kasih sayang
Antara kaedah yang boleh digunakan;
i. Mengumumkan ucapan selamat melalui pembesar suara sekolah
ii. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan, contoh; Lagu Hari Lahir ,Lagu Perayaan utama
iii. Menghantar kad ucapan. Contoh: Kad Hari Lahir, Kad Hari Perayaan, Penanda Buku Hari Lahir
Aktiviti dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik darjah.

4-Penghargaan Kepada Murid (kehadiran penuh pdpr)
• Memberi penghargaan dalam bentuk sijil kepada murid yang hadir penuh pdpr. 

Contoh-contoh PGP di Sehebat: 

Program Mentor Mentee









Program Sambutan Hari Lahir





Penghargaan Kepada Murid
E-Profile Terbaik














Sunday, 26 December 2021

BILIK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEHEBAT (PASCA PANDEMIK COVID-19)


 

BILIK SESI INDIVIDU

BILIK SESI KELOMPOK


RUANG PERBINCANGAN

RUANG TAMU




BILIK PENGURUSAN (KAUNSELOR)













VISI MISI DAN MOTTO UBK SEHEBAT

 

VISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah.

 

MISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:-

  1. Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
  2. Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi(EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  3. Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
  5. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar
  6. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar

 

FALSAFAH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh

 

MOTO UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Informasi Menjana Kecemerlangan dan Kesejahteraan

 

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

 


Norlia Binti Harun
Jawatan: Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa
No Kaunselor Berdaftar: KB01973, PA01437
Kelulusan: Bac. Pend. (B&K) UPM, Serdang. Master Pend (Psikologi Pendidikan) UTM Skudai. PhD (B&K) UTM, Skudai
No Telefon: 0106656659
Emel: lilyryhanee@yahoo.com
jqy5222@gmail.com
g-06004952@moe-dl.edu.my
https://mylink.la/smile_wif_cglia




Rohani Binti Muhammad
Jawatan: Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa
No Kaunselor Berdaftar: 
Kelulusan: Bac. Pend. (B&K) UPM, Serdang. 
No Telefon: +60 12 4199 458
Emel: ani_shsm05@yahoo.com



Mohamad Adzimi Bin Mohamad Ghazi
Jawatan: Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa
No Kaunselor Berdaftar: 
Kelulusan: Bac. Pend. (B&K) UPSI, Tanjung Malim, Perak. 
No Telefon: +60 16 9226 331
Emel: azeemghazi1@gmail.com




Thursday, 23 December 2021

SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT

 


SEKOLAH MENENGAH SAINS 

BATU PAHAT

KM 8, JALAN TANJUNG LABOH, 
83000 BATU PAHAT 
JOHOR


NO TELEFON: 07-4288961 
NO FAKS: 07-4288964    
EMEL: sainsbatupahat12@gmail.com



VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.


MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.


MOTTO

SEHEBAT Bitara Dan Berbudaya.



Tuesday, 31 August 2021

INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKP) DAN KEGUNAANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP) merupakan satu alat ukur psikometrik yang dapat digunakan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan pelbagai bagi diri seseorang khususnya murid-murid.

Ujian ini biasanya dijalankan kepada semua murid ketika berada di Tingkatan 3.  Setiap murid perlu tahu tahap kecerdasan pelbagai masing-masing.  Kesemua kecerdasan ini boleh dipertingkatkan melalui latihan yang lebih berfokus.  Misalnya, kecerdasan Logik @ Matematik dapat ditingkatkan dengan memperbanyak latihan-latihan aktiviti berkaitan matematik dan berfikir.  

Dalam diri setiap manusia terdapat kesemua kecerdasan dalam IKP iaitu kecerdasan verbal linguistik sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, Visual atau Ruang, Kinestatik, Interpersonal, Intrapersonal, Muzik, Naturalis dan Eksistensial (Spritual & Etika Moral).  

Namun begitu, dalam diri setiap individu mempunyai satu atau dua kecerdasan yang DOMINAN yang biasanya digunakan oleh individu tersebut untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara atau menghasilkan sesuatu untuk kebaikan orang lain.  

Bagi seorang murid, kecerdasan yang dominan itu jika digunakan ketika belajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dengan memudahkan murid tersebut untuk memahami dan menguasai sesuatu topik pembelajaran.  

Misalnya, seorang murid yang mempunyai kecerdasan dominan MUZIK mengaplikasikan elemen muzik seperti mendengar atau menyanyi ketika belajar mampu meningkatkan lagi minat belajar, kefahaman dan penguasaan ketika belajar.  

Bagi guru pula, adalah menjadi satu kelebihan jika guru dapat mengenal pasti jenis kecerdasan pelbagai yang dominan dalam diri murid-muridnya.  Ini kerana, apabila guru tahu jenis kecerdasan pelbagai murid-muridnya, guru akan lebih mudah untuk merancang kaedah pelaksanaan pengajaran dalam kelas supaya lebih menarik minat murid untuk belajar.  

Berikut adalah jenis-jenis kecerdasan pelbagai dan ciri-cirinya: 
















Nak tau kecerdasan yang anda miliki? Segera hubungi kaunselor anda😍